Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd. (PEB) oleh UEM Group Bhd. (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya membawa khabar gembira kepada pengguna.
Ini berikutan persetujuan UEM dan KWSP untuk mengurang kenaikan tol di empat lebuh raya kendaliannya pada kadar lima peratus setiap tiga tahun bermula 2016 berbanding perjanjian asal kenaikan antara 10 hingga 25 peratus setiap tiga atau lima tahun.
Empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK).
Mengikut perjanjian asal kenaikan tol PLUS adalah 10 peratus setiap tiga tahun, ELITE (10 peratus setiap tiga tahun), Linkedua (25 peratus setiap lima tahun) dan KLBK (15-25 peratus setiap lima tahun).
Dalam pada itu, terdapat khabar gembira lain khususnya penduduk Pulau Pinang dan mereka yang sering berkunjung ke negeri itu berikutan tiada kenaikan kadar tol Jambatan Pulau Pinang sehingga 2038.
Kenaikan sepatutnya dilakukan pada kadar 10 peratus setiap lima tahun. Kadar yang dikenakan ke atas kenderaan kelas dua di jambatan itu kini sebanyak RM7, yang mana kadar tolnya kekal sejak dibuka pada 1985.
Kenaikan setiap tiga tahun itu juga hanya akan bermula pada 2016, selaras dengan pembekuan kenaikan kadar tol bagi kesemua lebuh raya sehingga 2015 yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011, Oktober tahun lalu.
Untuk mengetahui sejauh mana penjimatan yang akan diperoleh pengguna, kita perlu membuat sedikit congakan iaitu kenaikan lima peratus setiap tiga tahun selepas 2015 adalah bersamaan dengan 1.7 peratus setahun. Kenaikan itu adalah di bawah kadar purata inflasi negara bagi tempoh tiga tahun iaitu 2.6 peratus setahun.
Sebagai contoh, kadar tol perjalanan dari Jalan Duta ke Ipoh Selatan ketika ini ialah RM26.50. Berdasarkan kiraan kenaikan lima peratus bermula 2016, kenaikan kadar tol untuk perjalanan berkenaan hanya meningkat RM1.30 kepada RM27.80 berbanding mengikut perjanjian konsesi lama iaitu jika peningkatan 10 peratus, kenaikannya ialah sebanyak RM2.60 kepada RM29.10.
Nampaknya, kesungguhan UEM dan KWSP yang kini dalam proses mengambil alih PEB membuktikan bahawa syarikat-syarikat besar telah menghayati gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dibawa oleh Najib.
Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman Abdullah yang mengulas pengumuman terbaru itu berkata, sudah sampai masanya syarikat korporat beralih daripada matlamat untuk mendapat keuntungan sebanyak mungkin kepada matlamat membantu rakyat supaya tidak terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat.
''Dalam isu kenaikan tol, pengguna tidak akan terbeban sekiranya kadar peningkatan dilakukan secara berperingkat dan pada kadar munasabah serta bagi tempoh yang panjang.
''Nampaknya, sudah terdapat usaha awal ke arah ini yang melibatkan empat lebuh raya terbabit dan Jambatan Pulau Pinang. Saya berharap langkah yang 'berjiwa besar' ini dicontohi syarikat konsesi lebuh raya lain," katanya ketika dihubungi disini baru-baru ini.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menyambut baik pengumuman Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM, Datuk Izzaddin Idris mengenai persetujuan syarikat itu dan KWSP untuk menyemak semula syarat perjanjian konsesi tol supaya ia adil kepada kerajaan dan pengguna.
''Saya difahamkan semakan semula itu membolehkan kerajaan memperoleh penjimatan sehingga RM6.5 bilion kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PEB," katanya.
Mengikut perjanjian konsesi tol lama, kerajaan perlu membayar pampasan tertunggak berjumlah RM2.9 bilion dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun sehingga 2015 berjumlah kira-kira RM3.6 bilion kepada PEB.
Beliau berkata, langkah UEM dan KWSP melupuskan pampasan tertunggak dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
''Apabila beban kewangan dapat dikurangkan ia mampu mengurangkan defisit negara dan sekali gus memberi manfaat kepada kesemua rakyat secara keseluruhan," katanya.
Tambah beliau, semakan semula syarat perjanjian konsesi telah mewujudkan situasi menang dan menang.
''Keuntungan yang mungkin tidak sebanyak seperti sebelum ini masih membolehkan syarikat menampung kos penyelenggaraan lebuh raya kira-kira RM800 juta setahun dan membuat bayaran kepada pemberi pinjaman," ujarnya lagi.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berharap semua syarikat konsesi lebuh raya lain turut mencontohi langkah UEM dan KWSP untuk menyemak semula syarat perjanjian konsesi tol.
''Saya berpendapat masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan termasuk memastikan kenaikan kadar tol setiap tiga atau lima tahun turut mengambil kira jumlah trafik di laluan lebuh raya terbabit.
''Pada waktu sekarang kita mendapati walaupun jumlah trafik telah meningkat berlipat kali ganda berbanding anggaran asal, kadar kenaikan tol tetap diteruskan seperti yang diputuskan dalam perjanjian," katanya.
''Penyelesaian terbaik adalah untuk syarikat terbabit berkongsi keuntungan dengan rakyat termasuk mengurangkan kenaikan kadar tol atau tidak menaikkan langsung kadar tol seperti yang dilakukan di Jambatan Pulau Pinang," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas langkah pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, beliau berkata, ia memang sesuatu yang terbaik berikutan rakyat kini dibebani dengan kenaikan harga barangan dan lain-lain perkhidmatan.
''Nampaknya, Najib telah mengotakan janjinya sejak menjawat jawatan Perdana Menteri untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak dibebani dengan kenaikan kos sara hidup," katanya.
Kepada semua pengguna lebuh raya, anda seharusnya menggunakan kemudahan itu dengan sebaibaik mungkin termasuk memastikan tidak membuang sampah-sarap merata-rata, tidak merosak kemudahan di kawasan rehat dan rawat serta tidak membuat tuntutan tidak munasabah agar lampu jalan dipasang di sepanjang lebuh raya.
Jika ini tidak dipatuhi, kos penyelenggaraan sudah pasti akan meningkat dan syarikat konsesi mempunyai alasan untuk mendesak kadar tol ditingkatkan lagi.
TERBAIK utk RAKYAT !
Friday 18 November 2011
Sedar Dek Untunglah Wahai Pembangkang !
Thursday 17 November 2011
Khalid Ibrahim Tunggu Lampu Hijau Anwar
Seperti yg diketahui, kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN jika Pilihanraya Umum diadakan sebelum pertengahan tahun 2012. Sesuatu yg membingungkan kembali menerjah ke dalam fikiran rakyat Selangor.
Pakatan yg sebelum ini dirasakan sudah cukup bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dilihat seakan hilang sengatnya. MB Selangor sendiri menyatakan pendirian tersebut. Adakah pendirian tersebut seia dan sekata dgn exco negeri Selangor ataupun ia sekadar keluhan rasa dari Khalid Ibrahim sahaja?
Saya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yg tidak sihat kerana rakyat mengimpikan sesuatu yg terbaik utk diri dan keluarga mereka. Tetapi atas alasan yg tidak diketahui, MB Selangor terus menutup ruang dan peluang demi kepentingan diri sendiri.
Pendirian MB Selangor ini menunjukkan bahawa Pakatan tidak BERSEDIA langsung menghadapi PRU 13 akan datang. Saya percaya, pastinya geng² Pakatan di Penang, Kedah dan Kelantan akan memberikan alasan yg sama utk menidakkan PRU 13 nanti.
Ini merupakan strategi pembangkang utk melakukan sesuatu yg diluar jangkaan dlm menarik lebih banyak sokongan daripada rakyat. Isu yg ada hari ini tidak terlalu kuat utk Pakatan jaja di seluruh Malaysia. Ternyata Pakatan telah kehabisan isu utk PRU kali ini.
Mendengar ura² kononnya Pakatan sedang menunggu 'hasil' daripada usaha Anwar ke luar negara baru² ini. Impak kepada hasil itu nanti akan memberi kesan yg berkemungkinan besar kepada negara. Ini yg Anwar sedang lakukan sementara beliau melengah²kan perbicaran kes liwatnya di Mahkamah.

Monday 14 November 2011
Tahniah Nurul Izzah... I Like
Alahaiii malu-malu pula Nurul Izzah ni... Comel lah anak Anwar ni pegang botol cuci lantai hehe... Nak ke Kedai 1 Malaysia sekarang juga.
Monday 7 November 2011
Marina, I Wish I Can F*ck U
Apa kaitannya Marina Mahathir dengan agenda politik kerajaan BN sehinggakan segala pergerakkannya dikaitkan dengan BN dan kerajaan? Hanya kerana bapanya penyokong kerajaan, itu tidak menjadikannya penyokong kerajaan juga. Politik sama seperti beberapa perkara lain yang tidak ’wajib’ diwarisi sepertimana hubungan genetik.
Marina adalah Marina seperti yang kita semua tahu – anak Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah, tak lebih tak kurang.
Dunia politik negara kita memang penuh dengan kepelbagaian yang menarik untuk diperkatakan. Di parlimen kita sekarang, abang duduk sebagai penyokong kerajaan adik duduk sebagai penyokong pembangkang.
Diluar parlimen pula, Anwar sanggup berhabis sebahagian kemewahannya untuk menghantar anak lelaki tunggalnya menetap di New York kerana perasan yang Ehsan tidak sealiran dengan agenda politiknya dan tidak mahu Ehsan merosakkan impiannya ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Dikatakan juga Ehsan berkawan baik dengan Saiful Bukhari dan tahu kejadian liwat tersebut memang dilakukan bapanya.
Pendek kata soal kaum keluarga berlainan aliran bukanlah suatu yang janggal.
Balik pada Marina tadi. Sejak kerajaan BN dibawah pimpinan Abdullah Badawi mengasingkan bapanya dari aliran semasa, Marina mula berubah menjadi kritikal kepada kerajaan. Padanya BN tidak mengenang jasa yang ditabur bapanya sepanjang 22 tahun memerintah negara ini.
Sejak itu Marina mula berjinak-jinak dengan pergerakan NGO-NGO liberal yang berlindung disebalik nama hak asasi manusia untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap BN yang dipandang tidak mengenang budi ini tadi. Kenapa pergerakan ini jadi pilihan tidak susah ditafsirkan.
Marina terpaksa menyertai pergerakan liberal ini kerana dia tidak boleh berdiri diatas platform pembangkang. Dibanding dengan kerajaan BN pimpinan Abdullah Badawi yang tidak mengenang budi, pembangkang memusuhi bapanya secara peribadi dan itu akan membuatnya lebih tidak selesa walaupun penyertaannya dalam mana-mana parti politik pembangkang mempunyai nilai politik yang tidak mampu dilepaskan mereka.
Walaupun setelah kepimpinan negara bertukar tangan, Marina sudah merasa selesa dengan pergerakan ini kerana diri dan ideanya diterima pihak-pihak terbabit. Maka itu Marina semakin aktif dan tidak keterlaluan kalau penulis sebut, dipergunakan untuk kepentingan puak-puak ini memandangkan kepada nama besar dihujung namanya itu – MAHATHIR.
Kelancangan Marina mengecam polis dan kerajaan di dalam isu-isu berkaitan dengan Bersih dan Seksualiti Merdeka yang diharamkan membuktikan cakap penulis itu. Marina terbawa-bawa dengan emosi apabila pihak yang menerimanya dikala dia dan keluarganya diketepikan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi, dikenakan tindakan oleh polis atas alasan yang padanya remeh seperti perhubungan sejenis ini.
Marina punya asas untuk menyokong Seksualiti Merdeka kerana dia bercakap dari kedudukkannya sebagai penyokong gerakan liberal. Atas apa pun alasan, kita perlu bersetuju bahawa diskriminasi ke atas golongan gay dan lesbian ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Yang jadi masalah ialah apabila gerakan liberal yang disokong dan didokong Marina memilih memberi pengiktirafan kepada golongan ini sebagai jalan penyelesaian, sedangkan sebagai sebuah negara Islam dan dihuni majoriti orang Islam, penyelesaian yang dipilih Marina itu tidak boleh diterima sama sekali.
Sebagai perbandingan, ada banyak kes zina, dadah dan sebagainya berlaku di dalam masyarakat kita sekarang, adakah jalan penyelesaian terbaik ialah memilih untuk memberi pengiktirafan kepada golongan ini?
Kesimpulannya, Marina tidak langsung berkaitan dengan agenda politik BN. Mengaitkan segala pergerakkannya di dalam aktiviti seperti Seksualiti Medeka, Bersih dan sebagainya dengan BN hanyalah kerja sia-sia dan tidak mendatangkan hasil.

Thursday 27 October 2011
Budaya MURTAD Pegang Lilin Menular Dalam UIA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. rujuk sini.
Apa komen nik ajis bila tengok budak-budak mahasiswa pro pembangkang buat candlelight vigil? dia hanya tersenyum sambil melurut-lurut janggutnya sambil berkata... "segala dosa kamu nanti akan terhapus sesudah kamu mengisi borang keahlian pas"...
Memalukan lihat anak MELAYU pegang lilin begini. STUPID !
Baguslah budaya ni dah menular dalam kampus UIA, maka usaha pihak pada HIMPUN sabtu lepas tidak lagi bermakna apabila pelajar daripada UIA sendiri rela memurtadkan diri sendiri.
Sumber : DARUL EHSAN TODAY
Tuesday 18 October 2011
Najib Makan Pun Bayar Sendiri
Tengahari td Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak makan di Restoran Rakyat 1 Malaysia, Restoran Ukhwah di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya PM ni datang makan bukan FREE. Makan tetap bayar sendiri jugak. Jangan ingat jadi pemimpin, nak makan free je. Harapkan duit kerajaan je pulak mcm sesetengah pemimpin tu. Rugi tak nak, untung nak banyak sampai perot memboyot² ngalahkan perempuan ngandung !
Inilah PM yg bagus. Dia tau rakyat susah, dalam masa yg sama dia bantu rakyat juga.
Sunday 16 October 2011
Program Transformasi Kerajaan
Semuanya untuk rakyat Malaysia. Jika peluang yg diberikan ini tidak digunakan sebaiknya, maka kita antara kalangan orang yg rugi.
Subscribe to:
Posts (Atom)