Ramadhan al-Mubarak kian menghampiri ke penghujungnya. Bahang Hari Raya Aidilfitri juga semakin terasa dengan pelbagai persiapan yang dibuat untuk meraikannya. Warga kota telah mula meninggalkan bandar Kuala Lumpur menuju ke kampung halaman masing-masing.
Untuk pertama kalinya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menganjurkan Program Kacau dodol dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak telah diadakan pada 27/8/2010 bersempena malam 7 likur. Program bermula dari jam 10.00 malam dan diakhiri jam 5.00 pagi.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar pada jam 10.30 mlm. Aktiviti ini semakin rancak dengan penglibatan kira-kira 100 orang dikalangan pemuda dan juga penduduk-penduduk PPR Desa Tun Razak serta kawasan sekitarnya dengan dipantau oleh 'otai-otai' champion dodol nie.hehe
Inilah hasilnya...penat lelah ini satu pengalaman yang tak akan dilupakan.
syabas
ReplyDelete