Thursday 15 September 2011

Jemputan Jamuan Hari Raya


Para pembaca sekalian, anda dijemput untuk menghadiri

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011,
Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
Pada malam ini 15 September 2011 jam 8 Malam
Di Jalan Jujur, Taman Mewah, Bandar Tun Razak

Landmark : CIMB & BHP

Wednesday 14 September 2011

Ceramah Untuk Jahanamkan Negara


Siapa yang dengar dan percaya dengan apa yang Mat Sabu 'putaq' ni memang tergolong di dalam golongan pendek akai dan mempunyai otak sembelit.

Bukan mahu promosi kan ceramah malam ni. Tapi gua dah berbulu dgn kenyataan Mat Sabu ni. Tak abih² nak bodohkan rakyat. Sudah² la wahai Mat Sabu. Rakyat hari ini tidak bodoh mcm hang dah. Semua orang mampu berfikiran lebih baik dari hang.

Apa pun tak boleh

Monday 12 September 2011

Santai Aidilfitri Pemuda - PDM Seri Kota


Aidilfitri telah pun masuk ke pertengahan bulan Syawal...ramailah yg akan buat rumah terbuka untuk menjamu sahabat handai serta sanak saudara...tidak terkecuali Pergerakan Pemuda Cawangan Seri Kota juga membuat Jamuan Aidilfitri pada malam tadi dengan dihadiri ramai penduduk di cawangan tersebut yang majoritinya dari orang-orang muda.


Ini menunjukkan golongan pemuda sudah mula menunjukkan minat mereka kepada Kerajaan. Disamping itu juga Pergerakan Pemuda Bdr Tun Razak telah bekerjasama dengan pihak SPR dengan membuka kaunter daftar pemilih...ini membolehkan tetamu-tetamu yang hadir menyemak pendaftaran undi mereka serta boleh membuat pendaftaran baru...Tunaikan tanggungjawab kepada negara...


 KP Bdr Tun Razak memberikan ucapan


 KP Cawangan beramah mesra bersama tetamu




* Terima kasih kpd yang hadir memeriahkan suasana...

Sunday 11 September 2011

Charge 6% Ditangguh, Lebih Baik BATAL

Setuju atau tidak.

Suka atau tidak.

Keputusan telah dibuat, maka charge 6% telah ditangguhkan buat sementara kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini. 

Bagi admin keputusan ini adalah sangat wajar dengan kehendak semasa rakyat terutamanya golongan yg berpendapatan sederhana.

Akan tetapi jika keputusan ini hanyalah sementara semata-mata kerana sekadar menjaga hati pengguna, baik dilupakan saja kerana sebagai pengguna. Apa yg kami mahukan tiada lagi charge² terselindung yg mana akan menjadi beban kepada rakyat.

Walaupun perihal ini bukanlah salah kpd kerajaan BN tetapi rakyat hari ini gemar meletakkan salah syarikat telco ini kepada kerajaan khususnya. Walaubagaimanapun, kerajaan harus menggunakan segala kuasa yg ada untuk menidakkan perkara ini daripada terus berlaku.

Umum mengetahui isu ini bukanlah isu kecil. Bagi rakyat ini adalah isu bersama tetapi telah dimanipulasi sesetengah pihak terutama pembangkang yg mengatakan charge 6% adalah kehendak kerajaan BN. Belum reda dengan kenyataan ini, hari ini syarikat telco telah bersedia menangguhkan cadangan itu.




Tiba-tiba timbul spekulasi bahawa ini merupakan salah satu usaha kerajaan BN utk menarik sokongan rakyat terutamanya golongan muda kerana Pilihanraya Umum bakal menjelang tiba. Admin sgt terkilan dengan dakwaan tidak matang pihak tersebut yg sengaja mencari salah kerajaan dan berfikiran negatif.

Pembaca semua harus tahu bahawa ahli UMNO juga merupakan rakyat di Malaysia ini. Tidak semua ahli UMNO hidup dalam kesenangan. Ahli UMNO juga terpaksa menanggung beban jika charge 6% ini diteruskan kelak.

Adalah lebih baik jika chargr 6% ini dibatalkan terus daripada ia menjadi barah yg menolak kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Thursday 8 September 2011

Ops Sikap 24 - GAGAL



KUALA LUMPUR 8 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melahirkan rasa kecewa kerana semua usaha dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik rakyat negara ini agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya masih tidak berkesan sehingga mengakibatkan Ops Sikap Ke-24 yang berakhir kelmarin, gagal.

Beliau berkata, bermacam-macam pendekatan sudah diambil oleh PDRM dan pihak berkuasa lain untuk mendidik orang ramai agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya, namun ia masih gagal.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Menteri Dalam Negeri agar merangka kokurikulum program keselamatan jalan raya di peringkat sekolah rendah dan prasekolah untuk memberi kesedaran serta menanam budaya pematuhan kepada peraturan dan undang-undang lalu-lintas.

“Saya berasa dukacita dan kesal kerana semua usaha yang kita buat selama ini untuk mendidik orang ramai bersopan dan tertib di jalan raya seolah-olah tidak berkesan apabila jumlah kemalangan masih lagi tinggi direkodkan.


“Macam-macam kaedah kita pakai. Antaranya adalah memberi nasihat, mengedarkan risalah dan buku panduan keselamatan, malah turut memberi hadiah atau buah tangan kepada pengguna jalan raya di plaza-plaza tol,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Ismail, beliau juga yakin latihan yang diberikan kepada orang ramai untuk mendapatkan lesen memandu juga cukup kemas, malah jalan raya di negara ini diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Beliau berkata, semua usaha dilakukan itu bagaimanapun dilihat hanya sia-sia apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-24 masih tinggi setelah mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.

Katanya, jumlah dicatatkan itu meningkat berbanding Ops Sikap Ke-23 di mana terdapat pertambahan 41 kes (18.8 peratus) kemalangan maut, manakala kematian turut meningkat 41 kes (16.5 peratus).

Keseluruhannya, kata beliau, sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

“Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

“Mangsa paling banyak terkorban ialah mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun,” katanya sambil memberitahu kemalangan paling tinggi berlaku antara pukul 4 dan 6 petang dan antara 1 hingga 2 pagi.


Beliau menambah, kajian mendapati lebih 85 peratus kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya akan membuat penjenamaan semula atau memberi nama baru yang lebih sesuai dan sinonim dengan keadaan semasa kepada Ops Sikap di musim perayaan pada masa hadapan.


PANDU CERMAT, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Monday 5 September 2011

Sumbangan Pek Berbuka


Pada 27 Ogos 2011 yg lepas, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia telah memberikan sumbangan pek berbuka puasa yg disampaikan melalui Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.



Konvoi sumbangan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar yg juga merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sambil dibantu oleh ahli-ahli Pemuda UMNO yg masih lagi berada dan beraya di Kuala Lumpur.



Antara kawasan dan tempat tumpuan adalah spt Balai Polis Cheras/Pudu/Salak Selatan/Alam Damai dan Sungai Besi dan juga Balai Bomba Sungai Besi serta Bandar Tun Razak dan diakhiri di Terminal Bersepadu Selatan  (TBS) yg merupakan kawasan tumpuan warga kota utk pulang beraya ke selatan tanah air.


  Pemberian pek berbuka puasa tidak tertumpu kepada umat Islam sahaja.


Semoga dengan sumbangan yg disampaikan pada hari tersebut telah sedikit sebanyak meringankan beban penumpang berbuka puasa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Juga diharapkan sumbangan tersebut dapat mengurangkan tekanan para penjawat awam yg terpaksa bertugas pada hari lebaran.

Sesungguhnya tiada apa yg mampu Pemuda UMNO berikan utk membalas jasa para penjawat awam yg   ikhlas menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keamanan dan kesejahteraan sejagat sepanjang musim perayaan.


Niat keikhlasan yg ditunjukkan Pemuda UMNO adalah atas dasar tanggungjawab bersama kepada rakyat khususnya. Diharapkan aktiviti berbentuk sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Juga jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TBS yg telah membantu meringankan tugasan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak pada hari tersebut.