Monday, 5 September 2011

Sumbangan Pek Berbuka


Pada 27 Ogos 2011 yg lepas, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia telah memberikan sumbangan pek berbuka puasa yg disampaikan melalui Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.



Konvoi sumbangan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar yg juga merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sambil dibantu oleh ahli-ahli Pemuda UMNO yg masih lagi berada dan beraya di Kuala Lumpur.



Antara kawasan dan tempat tumpuan adalah spt Balai Polis Cheras/Pudu/Salak Selatan/Alam Damai dan Sungai Besi dan juga Balai Bomba Sungai Besi serta Bandar Tun Razak dan diakhiri di Terminal Bersepadu Selatan  (TBS) yg merupakan kawasan tumpuan warga kota utk pulang beraya ke selatan tanah air.


  Pemberian pek berbuka puasa tidak tertumpu kepada umat Islam sahaja.


Semoga dengan sumbangan yg disampaikan pada hari tersebut telah sedikit sebanyak meringankan beban penumpang berbuka puasa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Juga diharapkan sumbangan tersebut dapat mengurangkan tekanan para penjawat awam yg terpaksa bertugas pada hari lebaran.

Sesungguhnya tiada apa yg mampu Pemuda UMNO berikan utk membalas jasa para penjawat awam yg   ikhlas menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keamanan dan kesejahteraan sejagat sepanjang musim perayaan.


Niat keikhlasan yg ditunjukkan Pemuda UMNO adalah atas dasar tanggungjawab bersama kepada rakyat khususnya. Diharapkan aktiviti berbentuk sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Juga jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TBS yg telah membantu meringankan tugasan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak pada hari tersebut.

1 comment: