Thursday 17 November 2011

Khalid Ibrahim Tunggu Lampu Hijau Anwar

Seperti yg diketahui, kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN jika Pilihanraya Umum diadakan sebelum pertengahan tahun 2012. Sesuatu yg membingungkan kembali menerjah ke dalam fikiran rakyat Selangor.




Pakatan yg sebelum ini dirasakan sudah cukup bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dilihat seakan hilang sengatnya. MB Selangor sendiri menyatakan pendirian tersebut. Adakah pendirian tersebut seia dan sekata dgn exco negeri Selangor ataupun ia sekadar keluhan rasa dari Khalid Ibrahim sahaja?


Saya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yg tidak sihat kerana rakyat mengimpikan sesuatu yg terbaik utk diri dan keluarga mereka. Tetapi atas alasan yg tidak diketahui, MB Selangor terus menutup ruang dan peluang demi kepentingan diri sendiri.


Pendirian MB Selangor ini menunjukkan bahawa Pakatan tidak BERSEDIA langsung menghadapi PRU 13 akan datang. Saya percaya, pastinya geng² Pakatan di Penang, Kedah dan Kelantan akan memberikan alasan yg sama utk menidakkan PRU 13 nanti.


Ini merupakan strategi pembangkang utk melakukan sesuatu yg diluar jangkaan dlm menarik lebih banyak sokongan daripada rakyat. Isu yg ada hari ini tidak terlalu kuat utk Pakatan jaja di seluruh Malaysia. Ternyata Pakatan telah kehabisan isu utk PRU kali ini.


Mendengar ura² kononnya Pakatan sedang menunggu 'hasil' daripada usaha Anwar ke luar negara baru² ini. Impak kepada hasil itu nanti akan memberi kesan yg berkemungkinan besar kepada negara. Ini yg Anwar sedang lakukan sementara beliau melengah²kan perbicaran kes liwatnya di Mahkamah.

No comments:

Post a Comment