Tuesday, 4 October 2011

3M = Malunya Melayu Malaysia


Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?

Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.

Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..

Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu wargaIndonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.

Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan 'ada-ada' sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.

Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.

Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).

Herman "Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya"

Ayah saya menjawab "Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina"

Herman "di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung".

Ayah saya: "Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza".

Herman: "Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia".

Cerita ayah saya ini sebenarnya kebetulan sekali mengingatkan saya kepada email yang saya terima daripada seorang rakan warga Pakistan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan "Pemerhati". Di dalam emailnya itu, beliau sebenarnya mengejek (walaupun secara gaya bahasa tidak langsung) kebodohan sekumpulan Melayu di negara ini yang melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara Islam lain di Dunia - iaitu mengiktiraf komunis sebagai pejuang negara.

Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia ("PKI") dan Parti Komunis Malaya ("PKM") ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yang sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam. 

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam.

Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia.. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yang majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yang didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia? 


awapannya mudah. Kerana jalan komunis yang dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yang dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yang dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah-rumah penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yang menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yang paling menolak itu adalah para kiai dan murid-murid sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai-sungai di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yang dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yang dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Pada ketika itu ada sekitar 100 orang PII (Pelajar Islam Indonesia) dari seluruh daerah di Jawa Timur yang sedang mengikuti rapat bersama di Masjid At Taqwa selesai salat subuh. Tiba-tiba datang segerombolan orang berpakaian hitam-hitam menyerang mereka. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid sehingga korba jatuh serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran. 

Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”. 

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yang menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yang dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan-rakan komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yang berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yang didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu-melayu komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis. 

Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota-anggota PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI. 

Kelompok-kelompok pemuda dari organisasi-organisasi muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat-mayat anggota PKI sampai di tempat-tempat tertentu sungai itu "terbendung mayat". Di pulau Bali, yang sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Di Kediri yang mana sebelum itu dibantai oleh PKI dalam peristiwa 13 Januari, warga masyarakat Kediri melakukan serangan balik dengan memburu para pengikut PKI. Desa Kanigoro dijadikan ajang pembantaian orang-orang PKI, dan mayat mereka dimasukkan ke dalam sebuah tanah galian besar yang saat ini dikenal oleh warga masyarakat sekitar dengan sebutan Makam Parik.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yang sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yang tidak bersyukur dengan nasib kita yang sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yang berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yang menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli-ahli parti PAS sendiri?

Di Indonesia, anggota PKI yang sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yang membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Secara kebetulan pula beberapa malam yang lepas saya menerima email daripada sahabat lama dari Pakistan (juga anggota Watchers). Beliau juga berminat dengan isu ini selepas mendapat khabar angin daripada saudara beliau yang kini berkerja di Malaysia. Apatah lagi beliau mempunyai banyak keluarga di sebelah ayah beliau yang menjadi mujahidin di Afghanistan menentang komunis Rusia, maka sudah tentu beliau musykil kenapa ada orang beragama Islam yang sanggup memuja Komunis.

Dan itulah sebabnya mengapa saya malu hendak menulis dalam bahasa Inggeris kali ini. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan daripada kumpulan Watchers yang sering berkunjung melawat blog ini. Perangai kebanyakan melayu pembangkang yang kini cuba memartabatkan pejuang komunis adalah sangat sangat sangat memalukan.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya...

Terus terang sahabat saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong-penyokongnya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membenteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP.

Tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang-orang Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi 'Mat Indera' mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua-barua yang membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

Di Chechnya wujud manusia seperti Haji Akhmad Kadyrov, bekas Ketua Mufti Chechnya yang kemudian menyebelahi Russia dalam Perang Chechen Ke-2 sebelum diangkat oleh Rusia sebagai Presiden Chechnya. Terdapat hujah dari sesetenngah pihak yang mengatakan bahawa beliau berpaling tadah bagi menyelamatkan Chechnya daripada serangan Russia, namun hujah sebegini tidak diterima oleh bangsa Chechnya yang menganggap beliau pembelot. Beliau akhirnya dibunuh oleh pejuang Chechen melalui letupan bom pada 09 Mei 2004 (Anaknya Ramzan yang juga menyokong Rusia dan dijadikan Presiden pada 2007 juga dianggap pembelot).

Di Afghanistan pula terdapat Bekas Perdana Menteri Hazifullah Amin yang menjemput tentera Russia masuk ke Afghanistan demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan. Amin kemudiannya dibunuh oleh Russia dan tempatnya diganti oleh seorang lagi pembelot bangsa Afghan iaitu Babrak Kamal. Tidak kira apa cerita yang direka oleh Russia bagi menggambarkan Amin dan Babrak sebagai nasionalis yang ingin meliberalkan Afghanistan, hakikatnya bangsa Afghan tetap memandang boneka-boneka Komunis ini sebagai pembelot.

Saya sekarang berdoa siang malam agar isu sokongan segelintir orang melayu kepada perjuangan komunis ini tidak disebarkan ke media antarabangsa. Sekiranya perkara ini bocor kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Chechnya, maka malu yang bakal terpalit kepada orang melayu Islam di negara ini tidak dapat dibayangkan lagi. Kita akan menjadi bahan ejekan umat Islam di seluruh dunia dari Indonesia ke Arab Saudi. Malahan tidak mustahil umat Islam di negara ini akan dijadikan iktibar tentang kebodohan umat Islam di akhir zaman yang terhegeh-hegeh menyanjung Musuh Islam.

Thursday, 15 September 2011

Jemputan Jamuan Hari Raya


Para pembaca sekalian, anda dijemput untuk menghadiri

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011,
Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
Pada malam ini 15 September 2011 jam 8 Malam
Di Jalan Jujur, Taman Mewah, Bandar Tun Razak

Landmark : CIMB & BHP

Wednesday, 14 September 2011

Ceramah Untuk Jahanamkan Negara


Siapa yang dengar dan percaya dengan apa yang Mat Sabu 'putaq' ni memang tergolong di dalam golongan pendek akai dan mempunyai otak sembelit.

Bukan mahu promosi kan ceramah malam ni. Tapi gua dah berbulu dgn kenyataan Mat Sabu ni. Tak abih² nak bodohkan rakyat. Sudah² la wahai Mat Sabu. Rakyat hari ini tidak bodoh mcm hang dah. Semua orang mampu berfikiran lebih baik dari hang.

Apa pun tak boleh

Monday, 12 September 2011

Santai Aidilfitri Pemuda - PDM Seri Kota


Aidilfitri telah pun masuk ke pertengahan bulan Syawal...ramailah yg akan buat rumah terbuka untuk menjamu sahabat handai serta sanak saudara...tidak terkecuali Pergerakan Pemuda Cawangan Seri Kota juga membuat Jamuan Aidilfitri pada malam tadi dengan dihadiri ramai penduduk di cawangan tersebut yang majoritinya dari orang-orang muda.


Ini menunjukkan golongan pemuda sudah mula menunjukkan minat mereka kepada Kerajaan. Disamping itu juga Pergerakan Pemuda Bdr Tun Razak telah bekerjasama dengan pihak SPR dengan membuka kaunter daftar pemilih...ini membolehkan tetamu-tetamu yang hadir menyemak pendaftaran undi mereka serta boleh membuat pendaftaran baru...Tunaikan tanggungjawab kepada negara...


 KP Bdr Tun Razak memberikan ucapan


 KP Cawangan beramah mesra bersama tetamu




* Terima kasih kpd yang hadir memeriahkan suasana...

Sunday, 11 September 2011

Charge 6% Ditangguh, Lebih Baik BATAL

Setuju atau tidak.

Suka atau tidak.

Keputusan telah dibuat, maka charge 6% telah ditangguhkan buat sementara kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini. 

Bagi admin keputusan ini adalah sangat wajar dengan kehendak semasa rakyat terutamanya golongan yg berpendapatan sederhana.

Akan tetapi jika keputusan ini hanyalah sementara semata-mata kerana sekadar menjaga hati pengguna, baik dilupakan saja kerana sebagai pengguna. Apa yg kami mahukan tiada lagi charge² terselindung yg mana akan menjadi beban kepada rakyat.

Walaupun perihal ini bukanlah salah kpd kerajaan BN tetapi rakyat hari ini gemar meletakkan salah syarikat telco ini kepada kerajaan khususnya. Walaubagaimanapun, kerajaan harus menggunakan segala kuasa yg ada untuk menidakkan perkara ini daripada terus berlaku.

Umum mengetahui isu ini bukanlah isu kecil. Bagi rakyat ini adalah isu bersama tetapi telah dimanipulasi sesetengah pihak terutama pembangkang yg mengatakan charge 6% adalah kehendak kerajaan BN. Belum reda dengan kenyataan ini, hari ini syarikat telco telah bersedia menangguhkan cadangan itu.




Tiba-tiba timbul spekulasi bahawa ini merupakan salah satu usaha kerajaan BN utk menarik sokongan rakyat terutamanya golongan muda kerana Pilihanraya Umum bakal menjelang tiba. Admin sgt terkilan dengan dakwaan tidak matang pihak tersebut yg sengaja mencari salah kerajaan dan berfikiran negatif.

Pembaca semua harus tahu bahawa ahli UMNO juga merupakan rakyat di Malaysia ini. Tidak semua ahli UMNO hidup dalam kesenangan. Ahli UMNO juga terpaksa menanggung beban jika charge 6% ini diteruskan kelak.

Adalah lebih baik jika chargr 6% ini dibatalkan terus daripada ia menjadi barah yg menolak kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Thursday, 8 September 2011

Ops Sikap 24 - GAGAL



KUALA LUMPUR 8 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melahirkan rasa kecewa kerana semua usaha dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik rakyat negara ini agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya masih tidak berkesan sehingga mengakibatkan Ops Sikap Ke-24 yang berakhir kelmarin, gagal.

Beliau berkata, bermacam-macam pendekatan sudah diambil oleh PDRM dan pihak berkuasa lain untuk mendidik orang ramai agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya, namun ia masih gagal.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Menteri Dalam Negeri agar merangka kokurikulum program keselamatan jalan raya di peringkat sekolah rendah dan prasekolah untuk memberi kesedaran serta menanam budaya pematuhan kepada peraturan dan undang-undang lalu-lintas.

“Saya berasa dukacita dan kesal kerana semua usaha yang kita buat selama ini untuk mendidik orang ramai bersopan dan tertib di jalan raya seolah-olah tidak berkesan apabila jumlah kemalangan masih lagi tinggi direkodkan.


“Macam-macam kaedah kita pakai. Antaranya adalah memberi nasihat, mengedarkan risalah dan buku panduan keselamatan, malah turut memberi hadiah atau buah tangan kepada pengguna jalan raya di plaza-plaza tol,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Ismail, beliau juga yakin latihan yang diberikan kepada orang ramai untuk mendapatkan lesen memandu juga cukup kemas, malah jalan raya di negara ini diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Beliau berkata, semua usaha dilakukan itu bagaimanapun dilihat hanya sia-sia apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-24 masih tinggi setelah mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.

Katanya, jumlah dicatatkan itu meningkat berbanding Ops Sikap Ke-23 di mana terdapat pertambahan 41 kes (18.8 peratus) kemalangan maut, manakala kematian turut meningkat 41 kes (16.5 peratus).

Keseluruhannya, kata beliau, sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

“Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

“Mangsa paling banyak terkorban ialah mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun,” katanya sambil memberitahu kemalangan paling tinggi berlaku antara pukul 4 dan 6 petang dan antara 1 hingga 2 pagi.


Beliau menambah, kajian mendapati lebih 85 peratus kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya akan membuat penjenamaan semula atau memberi nama baru yang lebih sesuai dan sinonim dengan keadaan semasa kepada Ops Sikap di musim perayaan pada masa hadapan.


PANDU CERMAT, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Monday, 5 September 2011

Sumbangan Pek Berbuka


Pada 27 Ogos 2011 yg lepas, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia telah memberikan sumbangan pek berbuka puasa yg disampaikan melalui Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.



Konvoi sumbangan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar yg juga merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sambil dibantu oleh ahli-ahli Pemuda UMNO yg masih lagi berada dan beraya di Kuala Lumpur.



Antara kawasan dan tempat tumpuan adalah spt Balai Polis Cheras/Pudu/Salak Selatan/Alam Damai dan Sungai Besi dan juga Balai Bomba Sungai Besi serta Bandar Tun Razak dan diakhiri di Terminal Bersepadu Selatan  (TBS) yg merupakan kawasan tumpuan warga kota utk pulang beraya ke selatan tanah air.


  Pemberian pek berbuka puasa tidak tertumpu kepada umat Islam sahaja.


Semoga dengan sumbangan yg disampaikan pada hari tersebut telah sedikit sebanyak meringankan beban penumpang berbuka puasa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Juga diharapkan sumbangan tersebut dapat mengurangkan tekanan para penjawat awam yg terpaksa bertugas pada hari lebaran.

Sesungguhnya tiada apa yg mampu Pemuda UMNO berikan utk membalas jasa para penjawat awam yg   ikhlas menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keamanan dan kesejahteraan sejagat sepanjang musim perayaan.


Niat keikhlasan yg ditunjukkan Pemuda UMNO adalah atas dasar tanggungjawab bersama kepada rakyat khususnya. Diharapkan aktiviti berbentuk sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Juga jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TBS yg telah membantu meringankan tugasan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak pada hari tersebut.