Pada 27 Ogos 2011 yg lepas, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia telah memberikan sumbangan pek berbuka puasa yg disampaikan melalui Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.
Konvoi sumbangan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar yg juga merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sambil dibantu oleh ahli-ahli Pemuda UMNO yg masih lagi berada dan beraya di Kuala Lumpur.
Antara kawasan dan tempat tumpuan adalah spt Balai Polis Cheras/Pudu/Salak Selatan/Alam Damai dan Sungai Besi dan juga Balai Bomba Sungai Besi serta Bandar Tun Razak dan diakhiri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yg merupakan kawasan tumpuan warga kota utk pulang beraya ke selatan tanah air.
Pemberian pek berbuka puasa tidak tertumpu kepada umat Islam sahaja.
Semoga dengan sumbangan yg disampaikan pada hari tersebut telah sedikit sebanyak meringankan beban penumpang berbuka puasa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Juga diharapkan sumbangan tersebut dapat mengurangkan tekanan para penjawat awam yg terpaksa bertugas pada hari lebaran.
Sesungguhnya tiada apa yg mampu Pemuda UMNO berikan utk membalas jasa para penjawat awam yg ikhlas menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keamanan dan kesejahteraan sejagat sepanjang musim perayaan.
Niat keikhlasan yg ditunjukkan Pemuda UMNO adalah atas dasar tanggungjawab bersama kepada rakyat khususnya. Diharapkan aktiviti berbentuk sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Juga jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan TBS yg telah membantu meringankan tugasan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak pada hari tersebut.
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Baca sejarah peristiwa Bukit Kepong di sini...
Mat Sabu kata komunis itu hero..dia belajar sekolah mana agaknya..mungkin "Tok Guru" dia komunis kot.hehe...Matlamat Chin Peng ialah mahu menjajah Tanah Melayu dari Jepun... Dan dengan secara terbuka menghina Mat Sabu Lt. Adnan dan pegawai-pegawai Polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.
Chin Peng ialah double agen yang dilatih oleh British untuk menumpaskan Jepun..dan setelah jepun kalah.. Chin peng mahu menakluk Tanah Melayu melalui bantuan China.. Pada waktu itu Melayu komunis hanyalah kuda tunggangang kepada komunis dan diberi layanan kelas kedua seperti DAP memperkudakan PAS..
Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.
"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian...... Memang sah dah nyanyuk Mat Sabu nie...sendiri cakap sendiri lupa kaaa...
Terus terang aku katakan Mat Sabu telah memalukan bangsa Melayu dan memihak kepada komunis, Mat Sabu adalah pembelot kepada bangsa dan negara!!!!
Mat Sabu Pengkhianat Negara!!! Mat Sabu Pengkhianat Negara!!! Mat Sabu Pengkhianat Negara!!!
Di bulan Ramadhan yang mulia dan sempena memperingatkan hari kemerdekaan, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka (beragama islam) yang gugur dalam pertempuran di Bukit Kepong... AL- FATIHAH....
Ramadhan al-Mubarak kian menghampiri ke penghujungnya. Bahang Hari Raya Aidilfitri juga semakin terasa dengan pelbagai persiapan yang dibuat untuk meraikannya. Warga kota telah mula meninggalkan bandar Kuala Lumpur menuju ke kampung halaman masing-masing.
Untuk pertama kalinya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menganjurkan Program Kacau dodol dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak telah diadakan pada 27/8/2010 bersempena malam 7 likur. Program bermula dari jam 10.00 malam dan diakhiri jam 5.00 pagi.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar pada jam 10.30 mlm. Aktiviti ini semakin rancak dengan penglibatan kira-kira 100 orang dikalangan pemuda dan juga penduduk-penduduk PPR Desa Tun Razak serta kawasan sekitarnya dengan dipantau oleh 'otai-otai' champion dodol nie.hehe
Inilah hasilnya...penat lelah ini satu pengalaman yang tak akan dilupakan.
Admin tergelak bila membaca artikel daripada Minda Intelek Melayu (MiM) kononnya blogger pro BN dah terkantoi dgn blogger pro pembangkang pasal hal sijil Jabatan Kimia Malaysia.
Beberapa hari yang lepas, akbar tabloid (KOMPAS) telah mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor dan juga ahli keluarganya atas laporan berita yang tidak tepat.
Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.
Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.
Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.
Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.
Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.
Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.
Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.
Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.
DIDIK BUDIARTO/WAKIL TV3 JAKARTA "Untuk meluruskan pemberitaan yang disiarkan pada 4 Ogos itu pula, dalam dua hari berterusan Kompas juga menyiarkan dua laporan berturut-turut hasil wawancara dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib malah ia meletakkannya pada laman pertama."
Dalam wawancara khas itu, Datuk Seri Najib pula menyatakan betapa pentingnya mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia malah dalam laporan bertajuk dua kali Perdana Menteri kunjungi tanah leluhur.
Kompas melapor pasal betapa dekatnya beliau dengan Indonesia kerana sejatinya Perdana Menteri masih keturunan kerajaan Gowa di Sulawesi.
Permohonan maaf yg dibuat oleh editor surat khabar KOMPAS adalah perbuatan yg bertanggungjawab dan sangat dihormati oleh banyak pihak. Syabas walaupun ia menyakitkan hati tapi dah minta maaf, semuanya OKEY sahaja.
Ni nak tanya sikit, akbar luar negara dah minta maaf. Akbar dan pihak pembangkang dalam negara bila nak minta maaf????
Yelah kan kalau nak compare akbar local dan luar negara, akbar local yang paling banyak tabur fitnah terutama akbar dari pihak pembangkang seperti Suara Keadilan, DAP, Harakah dan Malaysiakini. Takda perasaan malu ker bila lihat orang luar beriya-iya meminta maaf sedangkan pihak di dalam negara duduk buat bodoh dan terus melakukan fitnah.
Fikir-fikirkanlah jika sebentar tadi kalian melakukan fitnah dan pada saat ini kalian sedang nazak dan menghembuskan nafas terakhir. Dalam masa yang sama kalian tidak sempat memohon kemaafan daripada si mangsa fitnah. Apa lah nasib kalian di bawah sana agaknya????
Sebelum menulis, fikirkanlah risiko yang bakal dihadapi bukan saja di dunia tetapi di akhirat yang kekal sana.
Admin tertanya-tanyalah juga kan mengapa ramai sangat manusia di Malaysia ini mudah mempercayai berita-berita yg tidak diketahui benar mahupun tidak ataupun dalam erti kata lain khabar angin lah.
Begitu senang kita mendakwa seseorang itu begitu dan begini. Dalam kes Datin Sri Rosmah Mansor yg dituduh boros membelanjakan sejumlah wang RM24juta untuk membeli sebentuk cincin berlian.
Mengapalah kita masih lagi nak percaya akan berita ini. Cuba bayangkan..
* Cincin tersebut dihantar menggunakan courier dan bukannya dibawa sendiri oleh penjual. Kerana risiko menggunakan courier adalah 3 kali ganda berbanding membawa secara bimbit tanpa diketahui orang akan nilai tersebut.
* Mengapa Rosmah begitu bodoh membelinya dgn harga RM24juta. Jumlah tersebut terlalu besar dan tinggi bagi seseorang yg tidak mempunyai sebarang bisnes peribadi.
* Adakah disebabkan seseorang yg mendakwa dirinya sbg pekerja Sri Perdana - Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai hubungan yg rapat sbg pegawai pengiring Rosmah tanpa memberitahu identiti dirinya dan para pembaca terus mempercayainya tanpa mendapatkan kepastian terlebih dahulu.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan mungkin pelbagai tohmahan dan berita palsu mengenai pemimpin serta juga rakyat mudah direka utk tujuan tertentu. Maka akan huru hara lah Malaysia ini nanti.
AGAKNYA memang ini satu trend. Bila sudah berubah, bertobat, mesti belasah kaum sendiri, belasah orang sana sini, kanan kiri, barulah betul. Barulah jiwa tidak kacau, agaknya.
Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman. Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia. Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?
Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid...di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang kelmarin, Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu. Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Yang Dipertuan Agong! ..Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja.
Sejak balik dari Syria ni, dah lagu tu ka? Isyy, isyhh…
Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda. Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.
Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.
Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula.
Sebagai orang yang mengenali Azmil dari zaman dia berambut anika warna dulu, saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah. Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini. Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?
Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai. Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama. Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.
Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.
Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik?
Silapnya kita hari ini apabila Islam dan agama dicampur adukkan. Walaupun niat utk berdakwah itu ikhlas dan baik tetapi jika digunakan medium parti politik yg kononnya berlandaskan Islam maka inilah jadinya.
Utk permudah cara, jgn confuse dgn agama mahupun politik. Lain kali jangan langsung libatkan isu politik dalam agama. Elok-elok orang suka dan sayang, sekarang ni dah jadi benci plak. Jika tidak jahanam Islam.