Sunday 7 August 2011

Kedai 1 Malaysia

Alhamdulillah, semalam admin berkesempatan ke Kelana Jaya berjumpa dengan kenalan FB. Biasalah, blind date bulan puasa ni. Bukannya pergi minum atau makan. Sekadar chit chat berkenalan hati budi masing-masing. Tapi yang sebenarnya bukan admin nak cerita pasal kenalan FB admin. Jangan salah sangka pula.

Semasa di Stesen Kelana Jaya semalam, admin lihat ramai betul orang keluar masuk kedai 1 Malaysia yg baru-baru ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tak kira bangsa yg keluar masuk kedai tersebut. Warga asing pun turut membeli barangan dari kedai tersebut.


Gambar sedut dari Google

Admin rasa teruja dan bangga dengan adanya Kedai Rakyat 1 Malaysia ni. Harga yg ditawarkan jauh lebih murah dari pasaraya-pasaraya lain di Malaysia. Insyallah penerimaan rakyat Malaysia terhadap kedai seperti ini akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Dengar cerita juga, Kedai Rakyat 1 Malaysia ini telah dikembangkan ke seluruh negara dan kini dalam proses mencari lokasi yang sesuai. Semasa dalam perjalanan, admin berkesempatan membeli juadah berbuka di hadapan Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak.

Admin ternampak sebuah Kedai Rakyat 1 Malaysia yang akan dibuka dalam masa terdekat.



Kalau difikirkan dari segi strategik ker tidak kedai ini, bagi admin sangat strategik kerana kawasan ini merupakan kawasan kegiatan harian untuk penduduk sekitar Bandar Tun Razak khususnya.

Di situ juga terdapat Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Pos, Kedai Dobi, Pasar Kering & Basah, Dewan Serbaguna DBKL dan juga tempat meletak kereta percuma.



P/s: Barang-barang yg dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia dijual dengan harga subsidi. Maknanya rakyat Malaysia terpaksa berkongsi subsidi dgn warga asing. Ada pemantauan tak?

1 comment: