Monday 22 August 2011

Saling Bermaafan

Beberapa hari yang lepas, akbar tabloid (KOMPAS) telah mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor dan juga ahli keluarganya atas laporan berita yang tidak tepat.



DARI :- PORTAL TV3

Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.

Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas. 

Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.

Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.

DIDIK BUDIARTO/WAKIL TV3 JAKARTA
"Untuk meluruskan pemberitaan yang disiarkan pada 4 Ogos itu pula, dalam dua hari berterusan Kompas juga menyiarkan dua laporan berturut-turut hasil wawancara dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib malah ia meletakkannya pada laman pertama."

Dalam wawancara khas itu, Datuk Seri Najib pula menyatakan betapa pentingnya mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia malah dalam laporan bertajuk dua kali Perdana Menteri kunjungi tanah leluhur.

Kompas melapor pasal betapa dekatnya beliau dengan Indonesia kerana sejatinya Perdana Menteri masih keturunan kerajaan Gowa di Sulawesi.





Permohonan maaf yg dibuat oleh editor surat khabar KOMPAS adalah perbuatan yg bertanggungjawab dan sangat dihormati oleh banyak pihak. Syabas walaupun ia menyakitkan hati tapi dah minta maaf, semuanya OKEY sahaja.

Ni nak tanya sikit, akbar luar negara dah minta maaf. Akbar dan pihak pembangkang dalam negara bila nak minta maaf????

Yelah kan kalau nak compare akbar local dan luar negara, akbar local yang paling banyak tabur fitnah terutama akbar dari pihak pembangkang seperti Suara Keadilan, DAP, Harakah dan Malaysiakini. Takda perasaan malu ker bila lihat orang luar beriya-iya meminta maaf sedangkan pihak di dalam negara duduk buat bodoh dan terus melakukan fitnah.

Fikir-fikirkanlah jika sebentar tadi kalian melakukan fitnah dan pada saat ini kalian sedang nazak dan menghembuskan nafas terakhir. Dalam masa yang sama kalian tidak sempat memohon kemaafan daripada si mangsa fitnah. Apa lah nasib kalian di bawah sana agaknya????

Sebelum menulis, fikirkanlah risiko yang bakal dihadapi bukan saja di dunia tetapi di akhirat yang kekal sana.

Berita lain di BERITA HARIAN

Wassalam..

No comments:

Post a Comment