Monday 8 August 2011

Kerajaan Selangor Perlu Berikan Penjelasan



Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor untuk memberi penjelasan berkenaan serbuan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) di Methodist Damansara Utama pada hari Rabu lepas.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri untuk menutup cerita ini sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab, ia sedikit sebanyak akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Kami menyeru kerajaan negeri tidak cuba menyimpan isu berkenaan JAIS, kerajaan Selangor diminta memberikan penjelasan supaya kita dapat memahami apa yang sedang berlaku kerana perkara ini merupakan isu sensitif.

"Orang-orang Islam tidak gembira kerana perkara ini melibatkan aktiviti memurtadkan orang Islam. Sementara bagi orang bukan Islam terutamanya penganut Kristian, tentu tidak merasa gembira kerana gereja mereka telah diserbu tanpa bukti," katanya selepas merasmikan Bazar Ramadan dan kempen kibar Jalur Gemilang di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam (PPR) petang tadi.

Sementara itu, Khairy juga menafikan dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) cuba membangkitkan isu tersebut untuk mengalihkan perhatian orang ramai di atas permintaan untuk pilihan raya yang adil dan bersih.


No comments:

Post a Comment