Sunday 21 August 2011

Rosmah Boros Ker?

Admin tertanya-tanyalah juga kan mengapa ramai sangat manusia di Malaysia ini mudah mempercayai berita-berita yg tidak diketahui benar mahupun tidak ataupun dalam erti kata lain khabar angin lah.

Begitu senang kita mendakwa seseorang itu begitu dan begini. Dalam kes Datin Sri Rosmah Mansor yg dituduh boros membelanjakan sejumlah wang RM24juta untuk membeli sebentuk cincin berlian.

Mengapalah kita masih lagi nak percaya akan berita ini. Cuba bayangkan..

* Cincin tersebut dihantar menggunakan courier dan bukannya dibawa sendiri oleh penjual. Kerana risiko menggunakan courier adalah 3 kali ganda berbanding membawa secara bimbit tanpa diketahui orang akan nilai tersebut.

* Mengapa Rosmah begitu bodoh membelinya dgn harga RM24juta. Jumlah tersebut terlalu besar dan tinggi bagi seseorang yg tidak mempunyai sebarang bisnes peribadi.

* Adakah disebabkan seseorang yg mendakwa dirinya sbg pekerja Sri Perdana - Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai hubungan yg rapat sbg pegawai pengiring Rosmah tanpa memberitahu identiti dirinya dan para pembaca terus mempercayainya tanpa mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

Jika perkara ini dibiarkan berlarutan mungkin pelbagai tohmahan dan berita palsu mengenai pemimpin serta juga rakyat mudah direka utk tujuan tertentu. Maka akan huru hara lah Malaysia ini nanti.

No comments:

Post a Comment