Wednesday 10 August 2011

Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia



Kesian dan sedih melihat seorang anak Melayu dari Malaysia menjadi mangsa kekecohan di Kota London. Pelajar tajaan MARA yg bernama Asyraf Haziq ini dikatakan dalam perjalanan pulang dari membeli juadah berbuka puasa. Admin sendiri sedih dengan nasib yang menimpa pelajar malang ini.

Walaubagaimanapun, admin berdoa agar Asyraf Haziq dapat bersabar dan redha dengan dugaan yang menimpa dirinya pada bulan Ramadhan kali ini. Mungkin inilah ujian yang terpaksa ditempuhi sebilangan anak-anak Malaysia yang menuntut di perantauan. Apa-apa pun, perjuangan untuk belajar harus diteruskan. Insyallah, keberkatan bulan Ramadhan akan menguatkan keimanan dan semangat mereka.


Admin membayangkan perkara yang serupa terjadi di bumi Malaysia ini. Apa akan terjadi kepada kita sekiranya Perhimpunan BERSHIT 2.0 yang lalu sukar dikawal dan menjadi seteruk begini. Di London, kedai² dimasuki perusuh dan dibakar. Kenderaan awam juga turut dimusnahkan. Ramai rakyat asing menjadi mangsa perusuh di sana.


Jika terjadi di sini, mungkin lebih banyak perkara yg teruk akan berlaku. Toksah kata perusuh tu terdiri daripada rakyat Malaysia. Mungkin juga kaum pendatang pun akan turut mengambil kesempatan. Tak dapat admin bayangkan juga sekiranya keselamatan ahli admin juga turut terancam dek kerana rusuhan yang berlaku.

Semoga apa yang terjadi di London sana menjadi iktibar serta pengajaran kepada kita seluruh rakyat Malaysia. Pastikan Malaysia kekal dengan suasana harmoni. Jgn benarkan anasir luar mengganggugat kesejahteraan negara dan juga jgn sesakali benarkan manusia yang bertopengkan Israel mengancam keselamatan kita.

2 comments:

  1. shame on you ENGLAND

    ReplyDelete
  2. Harap BERSIH di Malaysia tidak berulang

    ReplyDelete