Wednesday 3 August 2011

Peribadi + Politik + Agama = HANCUR

Sahabat Pemuda mengucapkan selamat datang ke laman blog Sahabat Pemuda. Juga diucapkan selamat membaca kepada pembaca semua tidak kira di mana juga anda berada.
_________________________________________________________________________________

Sahabat Pemuda tertarik dengan satu keping kertas yang telah sampai di atas meja Sahabat Pemuda berkenaan permasalahan dalaman Surau Al Mustaqimah yang terletak di kawasan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur jika Sahabat Pemuda tidak silap.

Sila lihat dan klik utk paparan yg lebih jelas ;)



Untuk makluman kepada pembaca sekalian, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdul Rahman merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka. Beliau merupakan calon PAS untuk DUN Masjid Tanah tetapi tewas kepada calon BN untuk 2 penggal pilihanraya umum yg lalu.

Jika anda telah membaca risalah di atas itu, pastinya anda tidak terkejut dengan apa yang berlaku sebenarnya pergolakan di dalam institusi Islam hari ini. Inilah silapnya orang Melayu kita terutamanya orang-orang PAS yg membawa masuk nama ISLAM ke dalam perjuangan politik mereka.

Sehinggakan Rumah ALLAH pun turut menjadi mangsa kerakusan pelacur agama ini. Sahabat Pemuda mempunyai beberapa kenalan yg duduk di sekitar Bandar Tun Razak. Kata mereka, di kawasan perumahan tersebut mempunyai 2 buah surau. 1 surau yg kononnya 'dimiliki' oleh Ustaz Ghani dan 1 lagi surau adalah serpihan ahli-ahli jemaah yg dari dahulu sudah meluat dengan sikap Ustaz Ghani.

Selain 'memiki' surau, difahamkan juga Ustaz Ghani ini mempunyai sebuah lot kedai yg terletak di hadapan rumahnya. Menurut sumber Sahabat Pemuda, penyewa kedai tersebut tidak tahan dengan sikap Ustaz Ghani yg mengambil kesempatan atas keuntungan perniagaan mereka. Sebagai contoh, apabila perniagaan kedai runcit penyewa semakin maju maka keluarga Ustaz Ghani ini akan 'mengambil alih' perniagaa secara paksaan daripada penyewa. Si penyewa terpinga-pinga melihatkan perilaku keluarga Ustaz Ghani ini kerana semua urusan sewa di kedai tersebut tidak mempunyai sebarang perjanjian hitam putih. Semuanya melalui lisan sahaja atas dasar mempercayai beliau seorang Ustaz dan Imam yg pastinya tidak akan menipu dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Soal mengambil kesempatan ini mmg sudah sebati dengan diri Ustaz Ghani ini. Pada tahun 2008 - 2009, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG di Sekolah Menengah Bandar Tun Razak. Tiada apa yang membanggakan sekolah semasa beliau memegang jawatan tersebut. Cuma yg menariknya, beliau telah berjaya mendapat tender menguruskan dan menyediakan makanan di kantin sekolah tersebut. Agak menarik bunyinya bukan. Siapa yang meluluskan tender tersebut? Adakah pihak PIBG sekolah tidak terlibat dalam proses tersebut? Ohh mungkin kebetulan kata seorang sumber Sahabat Pemuda.

Berkenaan hal berita benar spt lampiran di atas, Sahabat Pemuda yakin apa yg didakwa oleh penulis iaitu En Kamarulzaman Tahir - AJK Surau Al Mustaqimah. Mungkin beliau dan jawatankuasa yg lain telah lama memendam rasa sakit hati dan meluat dengan sikap dan karenah Ustaz Ghani ini untuk tempoh 25 tahun. Kata sumber Sahabat Pemuda, inilah salah satu sebab mengapa kawasan tersebut mempunyai 2 buah surau.

Satu sebab lagi adalah Ustaz Ghani gemar memberi tazkirah 'agama' semasa sembahyang terawikh di surau tersebut. Tazkirah agama yg awalnya sangat indah disulami dengan ayat-ayat suci Al-Quran, akhirnya menjadi ceramah politik mengherdik makmum dan kerajaan yg disifatkan sangat zalim kepada Islam. Kata sumber Sahabat Pemuda lagi, jika tak percaya boleh lah pergi sembahyang terawikh di sana.


Lihat sajalah, ini adalah gambar malam sebelum perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 yg lalu. Dirakamkan di dalam Surau Al Mustaqimah. Mungkin ceramah agama dan memberi motivasi sayangkan Ambiga rasanya yg disampaikan oleh Anwar Ijuburi dan Khalid Gagap.

Dalam hal ini, biarlah AJK dan jemaah menyelesaikan permasalahan yg melanda mereka. Soal salah guna duit sumbangan jemaah surau tu memang tak dapat dimaafkan. Duit tersebut bertujuan membantu surau utk membayar bil-bil air, elektrik dan urusan jenazah dan menyumbang kepada orang yg lebih memerlukan. Jika digunakan utk tujuan peribadi makanya, beliau mengumpamakan dirinya spt golongan munafik dan tidak amanah.

Wassalam

1 comment:

  1. Aku anak jati taman jaya Anak jati Surau Al-Mustaqimah since1999 ko sape..masa Allahyarham Ust Fadhil Noor meninggal ko kat mana.....x payah lah bnyak citer ko pergi blaja lagi dtg kuliah..ooh suruh blaja kat kuliah maghrib ko pegi minum kedai kopi apalah koni....

    ReplyDelete